Welcome!!!

Welcome to Kampung Sungai Bangat Blog.

Wednesday, October 14, 2009

~ Kemudahan Asas Kampung ~

Kampung Sungai Bangat terletak di tengah-tengah Pulau Labuan dan jaraknya dari pusat bandar ialah lebih kurang 4½ km. Kemudahan perhubungan adalah baik seperti jalan raya, telekomunikasi, bekalan air dan elektrik serta kemudahan awam yang lain. Berikut ialah kemudahan asas yang terdapat di Kampung Sungai Bangat :
  • Sebuah sekolah menengah kerajaan – SMK Mutiara
  • Hospital Labuan

  • Kompleks Sukan

 

  • Sebuah Institut Latihan Perindustrian

  • Sebuah restaurant makanan laut – Restaurant Seri Mutiara
  • Taman perumahan – Taman Pearl, Taman Sutera II, Taman Ikhlas, Taman                                                Su Jin, Taman Penghulu Tuah

  • Sebuah bengkel jahitan
  • Gelanggang sepak takraw
  • Gelanggang bola tampar
  • 3 buah kedai runcit

  • 2 buah perhentian bas
  • 40 lampu awam
  • 4 buah rumah P.P. R.T
  • Tanah perkuburan orang-orang Islam Tanjung
  • Kemudahan perparitan
  • Sebuah tabika KEMAS

  • 2 buah bengkel kereta
  • Sebuah kedai Hardware-Kemajuan Trading
  • Dewan Serbaguna Labuan

Dengan terdapatnya kemudahan-kemudahan tersebut, kualiti kehidupan penduduk-penduduk Kampung Sungai Bangat adalah terjamin.

~ Kampung Sungai Bangat ~


Kampung Sungai Bangat terletak di tengah-tengah Pulau Labuan. Jarak dari pusat bandar ialah lebih kurang 4½ km. Lokasi kampung ini sangat strategic dalam perhubungan bandar dan luar bandar. Keluasan kampung ini ialah kira-kira 630 ekar dan penduduknya terdiri daripada kaum melayu dan cina. Suku bangsa melayu terdiri daripada kedayan, dusun, bisaya dan lain-lain.